BIDANG KOMPUTER

Syarikat yang berstatus MSC layak dipertimbangkan untuk Sembilan (9) kod bidang komputer (210101, 210102, 210103, 210104, 210105, 210106, 210107, 210108 dan 210109) dengan syarat syarikat hendaklah mengemukakan sijil MSC daripada Multimedia Development Corporation (MDC).

Walau bagaimanapun, syarikat perlu mengisytiharkan kelayakan akademik pemilik, pengarah dan pekerja yang lengkap dalam Sistem ePerolehan.

Syarikat yang belum berstatus MSC perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

 

Kod Bidang

210101 Hardware (low end technology) – Supply all types of computer hardware including PC, notebook, printers, document scanner, peripheral and maintenances

210103 Software – all computer software, operating system, database, off-the- shelf packages including maintenance.

210108 Multimedia – products, services and maintenance (video conferencing, web cast, graphic design, animation)

210109 Hardware and software leasing / renting

Kelayakan Pekerja / Pemilik / Pengarah

A) Hardware Ijazah Kejuruteraan Elektrik / Elektronik / Mekatronik / Robotik atau setaraf

atau

B) Software Ijazah Komputer / ICT / IT / Juruanalisa Sistem /Software Engineer / Kejuruteraan Komputer / Multimedia / Telekomunikasi atau setaraf

atau

C) Diploma dalam Hardware atau Software

  • Pekerja yang berkelayakan wajib dicarum KWSP dengan mengemukakan Penyata Caruman/Borang A dan resit bayaran caruman.

  • Nota : Bidang komputer tidak dibenarkan beroperasi dari rumah kediaman.

 

Kod Bidang

210102 Hardware (high-end technology) – All types of server, mainframe, high-end printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance

210104 Software / system development including maintenance-data entry / data processing

210105 Telecommunication / networking supply product, infrastructure, services including maintenance (LAN/WAN/Internet/wireless/satellite)

210106 Data management – provide service including maintenance (database / web hosting, disaster, planning / recovery, information storage/retrieval

210107 ICT security and maintenance (IDS, firewall, Encryption, PKI anti virus)

Kelayakan Pekerja / Pemilik / Pengarah

A) Hardware Ijazah Kejuruteraan Elektrik / Elektronik / Mekatronik / Robotik atau setaraf

dan

B) Software Ijazah Komputer / ICT / IT / Juruanalisa Sistem /Software Engineer / Kejuruteraan Komputer / Multimedia / Telekomunikasi atau setaraf

  • Pekerja yang berkelayakan wajib dicarum KWSP dengan mengemukakan Penyata Caruman/Borang A dan resit bayaran caruman.

  • Nota : Bidang komputer tidak dibenarkan beroperasi dari rumah kediaman.

 

210110 Geographic Information System (GIS) and services

Kelayakan Pekerja / Pemilik / Pengarah

A) Ijazah dalam bidang geomatik atau ukur tanah

  • Pekerja yang berkelayakan wajib dicarum KWSP dengan mengemukakan Penyata Caruman/Borang A dan resit bayaran caruman.

  • Nota : Bidang komputer tidak dibenarkan beroperasi dari rumah kediaman.

 

210111 Independent Verification dan Validation (IV&V)

Syarat Pendaftaran Bidang

i. Syarikat mendapat akreditasi/pengiktirafan daripada Jabatan Standard Malaysia (JSM) seperti berikut:

(a) Pensijilan International Organization for Standardization/International Electrotechnical Commission (ISO/IEC) 17025 – General Requirement for the Competence of Testing and Calibration Laboratories yang berkaitan dengan pengujian perisian; atau

(b) Pensijilan Test Maturity Model Integration (TMMi) Peringkat 3 dan ke atas di bawah TMMi Foundation.

ii. Syarikat mempunyai personel dengan persijilan seperti berikut:

(a) Sekurang-kurangnya satu (1) personel mempunyai Certified Tester Advanced Level (CTAL-TM/ CTAL-TA/CTAL-TTA);

(b) Sekurang-kurangnya satu (1) personel mempunyai Certified Tester Foundation Level (CTFL); dan

(c) Sekurang-kurangnya satu (1) personel mempunyai Certified Professional Requirements Engineering (CPRE).

Pekerja yang berkelayakan wajib dicarum KWSP dengan mengemukakan Penyata Caruman/Borang A dan resit bayaran caruman.

Nota : Bidang komputer tidak dibenarkan beroperasi dari rumah kediaman.

 

210199 Pembuat Rujuk syarat bidang pembuat