BIDANG KHAS
Pengangkutan Lori – 221704
Agen Penghantaran – 221705
Pembungkusan Dan Penyimpanan – 221706
Multimodal Transport Operator (MTO) – 221709
Bengkel – 220102 hingga 220112, 220701 hingga 220707 dan 220709
Limbungan – 220701
Syarat Pendaftaran Bidang Pembuat (xxxx99)
Pembuat Bot / Kapal – 110699
PENGANGKUTAN LORI – 221704
Modal berbayar / terkumpul RM50,000.00
Perakuan Pendaftaran Kenderaan dan Permit Lori SPAD (atas nama syarikat)
Memiliki lori sendiri
Minimum 2 orang pekerja tetap yang dicarum KWSP
AGEN PENGHANTARAN – 221705
Modal berbayar / terkumpul RM50,000.00
Surat Perlantikan daripada Jabatan Kastam Di Raja Malaysia
PEMBUNGKUSAN DAN PENYIMPANAN – 221706
Modal berbayar / terkumpul RM50,000.00
Mempunyai gudang penyimpanan berlesen KASTAM dan PBT jika berkaitan
MULTIMODAL TRANSPORT OPERATOR (MTO) – 221709
Modal berbayar / terkumpul RM 2.0 Juta
Mempunyai tiga kod bidang asas 221704, 221705 dan 221706
Memenuhi kriteria seperti di Lampiran F
Bidang ini memerlukan lawatan pengesahan
BENGKEL – 220102 HINGGA 220112, 220701 HINGGA 220707 DAN 220709
Modal berbayar / terkumpul RM50,000.00
Polisi insuran perlindungan bengkel dan kenderaan pelanggan (minima RM100,000.00)
Lesen daripada PBT
Senarai peralatan / kelengkapan bengkel / resit pembelian
Gambar mesin / peralatan dan bengkel
Minimum 3 orang pekerja yang dicarum KWSP (2 orang mekanik, 1 Kerani tidak termasuk pemilik / pengarah)
Bidang ini memerlukan lawatan pengesahan
LIMBUNGAN – 220701
Modal berbayar / terkumpul RM50,000.00
Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan
Polisi Insuran Perlindungan Bengkel / Bot / Kapal pelanggan dan kenderaan pelanggan
Mempunyai Slipway / Launchway / Kren
Jika tidak mempunyai limbungan perlu mengemukakan Surat Perjanjian sewa / penggunaan limbungan Kerajaan dan mempunyai bengkel sendiri
Mempunyai peralatan yang mencukupi bagi limbungan
Gambar mesin / peralatan dan Limbungan
Penentuan kelas dibuat bersama Jabatan Teknikal
Kakitangan yang berkelayakan
Mempunyai peralatan yang mencukupi bagi limbungan
Gambar mesin / peralatan dan Limbungan
Penentuan kelas dibuat bersama Jabatan Teknikal
Kakitangan yang berkelayakan
SYARAT PENDAFTARAN BIDANG PEMBUAT (XXXX99)
Menyewa kilang/peralatan di mana syarikat sedia ada menjalankan aktiviti / operasi yang sama tidak dibenarkan.
Syarat am pendaftaran dalam bidang Pembuat dan dokumen sokongan yang diperlukan adalah:-
Modal Berbayar / Terkumpul RM50,000.00
Surat perjanjian sewa premis yang dimatikan setem / dokumen hak milik (jika milik sendiri)
Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
Insurans kilang dan peralatan
Senarai mesin dan peralatan/kelengkapan kilang, resit belian perlu disertakan / cara perolehan/ Mould
Lesen Pengilang Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) / Surat pengecualian lesen pengilang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) bagi syarikat yang memiliki modal berbayar kurang dari RM 2.5 juta dan pekerja kurang daripada 75 orang.
Penyata caruman KWSP dan SOCSO terkini
Kelulusan Kastam (bahan/barangan input yang diimport)
SIRIM (barangan elektrik dll) / Suruhanjaya Tenaga (barang elektrik) / Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) (barang binaan) / Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (alat komunikasi) / Jabatan Hutan / Institut Perhutanan Penyelidikan Malaysia (FRIM) / Lesen Kelas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) (jika berkaitan) / Suruhanjaya Pembentungan Air (SPAN)
Carta aliran kerja proses pengeluaran produk dan struktur kos produk (product cost structure) termasuk peratusan pengeluaran sendiri (dalaman)
Peta lakar yang lengkap dan jelas dari jalan utama ke premis dengan mercu tanda yang mudah dikenalpasti. Peta cetakan GPS dari laman web tidak diterima.
Gambar kilang dan peralatan.
Sijil halal daripada Badan berkaitan (jika berkaitan)
Surat pemeriksaan daripada Jabatan Kilang dan Jentera
Sijil Penentu Ukuran (calibration certificate) (jika berkaitan)
PEMBUAT BOT / KAPAL – 110699
Modal berbayar / terkumpul RM50,000.00
Lesen daripada PBT
Lesen MITI atau Pengecualian dari MIDA
Polisi Insuran Bengkel dan Perlindungan Bot / Kapal pelanggan
Lathe machine, welding Machine, Grinding Machine, Shaping Machine, Cutting Machine, Bending Machine, Welding Specialist (with boat aluminium)
Kakitangan yang berkelayakan:
Marine engineer / jurutera setaraf dan Arkitek Kapal
Pekerja mahir / berpengalaman dalam bidang berkenaan
Welding specialist