BIDANG KHAS 100% BUMIPUTERA

Bidang Percetakan – 221601 hingga 221614
Agen Pengembaraan – 221307
 
 

BIDANG PERCETAKAN – 221601 HINGGA 221614

  1. Modal berbayar / terkumpul RM50,000.00

  2. Penguasaan syarikat 100% Bumiputera kecuali pekerja 80% Bumiputera (20% Pekerja Bukan Bumiputera)

  3. Lesen percetakan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bidang 221601 hingga 221608

  4. Surat kelulusan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (Jabatan Perdana Menteri) bagi bidang 221607 dan 221608

  5. Minimum tiga (3) orang pekerja tetap yang dicarum KWSP tidak termasuk pemilik/pengarah

  6. Syarikat yang mempunyai mesin cetak digital (digital off-set) merupakan satu kelebihan sahaja

  7. Lesen PBT

  8. Bidang ini memerlukan lawatan pengesahan kecuali bidang 221614

 
 

AGEN PENGEMBARAAN – 221307

  1. Modal berbayar / terkumpul RM50,000.00

  2. Penguasaan syarikat 100% Bumiputera

  3. Syarikat hendaklah mempunyai lesen akta Industri Pelancongan 1992 yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan pelancongan dalam negeri, perniagaan pelancongan luar negeri dan perniagan agen pengembaraan

  4. Minimum 3 orang pekerja tetap yang dicarum KWSP (ticketing, tourist guide dan pengurus/sales coordinator).

  5. Syarikat diwajibkan untuk menggunakan salah satu aplikasi sistem ticketing iaitu sama ada sistem ticketing AMEDEUS, SABRE atau GALLILEO selain daripada diwajibkan untuk mematuhi syarat- syarat Inbound sahaja.

  6. Syarikat francaisi kepada francaisor bukan Bumiputera tidak dibenarkan memohon bidang ini.

  7. Bidang ini memerlukan lawatan pengesahan

Shopping Cart